Sedia Berhimpun Jika Zahid Ditahan, Didakwa – Lokman

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor AdamĀ 

 

Ahli UMNO pelbagai peringkat diminta bersiap sedia dengan kemungkinan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi ini akan ditahan dan didakwa di mahkamah.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan, UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata, jika itu berlaku, satu himpunan akan diadakan di hadapan ibu pejabat suruhanjaya itu pada malam ini dan di kompleks Mahkamah Jalan Duta esok bagi memberikan sokongan kepada Ahmad Zahid.

“Pagi ini adalah hari yang penting buat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sekitar jam 10.00 pagi hari ini beliau akan ke Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya untuk memberikan keterangan berhubung kerja-kerja kebajikan yang beliau laksanakan melalui yayasannya.

Sungguhpun kita telah diminta oleh beliau untuk tidak berhimpun sehingga beliau benar-benar ditahan, namun saya merayu kepada seluruh rakyat khususnya ahli-ahli UMNO agar sentiasa bersiap sedia untuk berhimpun seramai mungkin jam 9 malam ini di hadapan ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya dan jam 8.00 pagi esok (Khamis) di Mahkamah Jalan Duta, sekiranya beliau ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

“Adalah sangat penting untuk kita hadir seramai mungkin bagi menunjukkan bahawa kita tidak rela Presiden UMNO dianiaya bagi melumpuhkan semangat dan moral ahli parti. Sekiranya isyarat yang jelas tidak ditunjukkan, nescaya langkah kedua mereka untuk mematikan semangat perjuangan kita adalah dengan mengharamkan UMNO pula.

“Marilah kita menadah tangan berdoa kepada Allah SWT dipagi yang hening ini agar presiden dan parti kita terselamat dari sebarang bentuk penganiayaan dan tindakan zalim pemerintah negara ini. Ya mereka memang ada kuasa, namun jangan lupa, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan yang mempertahan kesucian agamanya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *