Zarina Ann Joulie Putus Kawan Dengan Fathia Latiff

Sejak beberapa bulan lalu, nama dua orang rakan baik Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff sering sahaja mendapat perhatian ramai. Bukan kerana kontroversi semata-mata, duo ini juga sering memuat naik video membongkarkan pelbagai kisah tentang sikap artis termasuklah ahli politik berhidung belang yang ingin meniduri mereka.

Namun,entah apa yang berlaku antara dua sahabat ini sehingga Zarina tidak mahu lagi dikaitkan dengan Fathia. Menerusi Insta Stories, Zarina telah meluahkan perasaan beliau termasuk memberikan gambaran berlakunya pergelutan antara mereka sehingga mata Fathia lebam.

Bukan itu sahaja, Zarina turut meminta maaf kepada Aiman Hakim Ridza, Michael Ang dan Sharifah Sakinah kerana pernah seakan ‘bergaduh’ dengan mereka demi mempertahankan Fathia kerana kes menuntut hutang daripada Aiman.

Putus kawan ataupun tidak, yang pastinya kini hubungan mereka berdua agak dingin. Berkali-kali juga Zarina meminta netizen tidak lagi berbicara mengenai dirinya dan Fathia. Tidak mahu ambil pusing lagi katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *