Pelancong UK Kena cabul dengan mat bangla

Kerana tidak dapat mengawal nafsunya, seorang lelaki Bangladesh mencabul pelancong wanita warga United Kingdom dalam kejadian di tepi jalan Lebuh Acheh, Georgetown, malam tadi.LAPOR HARIAN METRO.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa yang juga seorang peguam berusia 33 tahun diraba lelaki berkenaan di dada ketika dia sedang berjalan di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa kemudian menjerit dan suspek yang berusia 38 tahun itu cuba melarikan diri.

Menurutnya, seorang lelaki yang berada berhampiran lokasi kejadian mendengar jeritan kuat mangsa dan berjaya menahan suspek.

“Suspek diserahkan kepada polis dan dia kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963.

“Mangsa datang ke negeri ini Rabu lalu dan dia juga mendakwa kejadian ini adalah kali kedua berlaku kerana dia pernah diraba di dada ketika melancong di Sri Lanka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *