“Hubungan Dengan Kekasih Masih Baik” – Idris Khan

Selepas dua kali menunda majlis pernikahan beliau bersama gadis dari Maghribi, ramai yang tertanya apakah status hubungan pelakon Idris Khan bersama kekasihnya itu. Adakah perancangan untuk berkahwin itu masih ada ataupun sebaliknya.

Menjawab persoalan tersebut, Idris memberitahu hubungannya dan kekasih masih lagi baik, namun beliau belum mempunyai ilham untuk mencari tarikh yang sesuai untuk bernikah.

Saya tidak berani memberitahu tarikh yang dicadangkan kerana kalau tidak jadi nanti, orang akan cakap saya asyik menangguhkan majlis pernikahan. Maklumlah, sudah dua kali majis pernikahan kami terpaksa ditangguhkan sebelum ini. Apa yang boleh saya beritahu, majlis pernikahan kami bakal berlangsung pada awal tahun depan.

Idris ingin mengadakan majlis secara sederhana sahaja di mana semua orang yang penting dan rapat dapat hadir di hari bahagianya itu.

Saya mahukan majlis pernikahan itu dihadiri teman rapat dan mereka yang bermakna dalam hidup kami. Sebab itu, saya sukar untuk mendapatkan tarikh sesuai untuk majlis pernikahan kerana bukan mudah untuk mengumpulkan mereka semua dalam satu majlis.

Terdahulu, Idris pada awalnya memberitahu beliau bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun 2017 dan kemudiannya ditunda pada 20 Januari tahun ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *