Didakwa Ada Unsur Lucah, Netizen Mahu Lagu ‘Bobo Di Mana’ Dikeluarkan Dari Youtube

Meskipun lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna sedang trending di YouTube, ia bagaimanapun tetap dikecam oleh netizen yang bengang dengan lagu yang dianggap penuh kontroversi itu. Mereka turut mengkritik tindakan Aliff Syukri yang berterusan menyokong golongan LGBT.

Muzik video yang dimuat naik juga dikatakan mempunyai unsur lucah dan langsung tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum kerana ia memberi pengaruh yang buruk kepada masyarakat.

Netizen kini sedang membuat laporan terhadap video tersebut agar dipadam dan dihapuskan terus dari YouTube agar tidak lagi merosakkan minda anak muda khususnya.

Ketika artikel ini ditulis, video Bobo Dimana sudah mendapat lebih 2.5 juta tontonan  tetapi tetap ada ‘dislike’ sebanyak 215,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *