“Lebam Bawah Mata Bukan Tanda Ambil Dadah” – Fathia Latiff

Sekiranya anda mengikuti akaun Instagram Fathia Latiff, pastinya anda akan perasan beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon ini yang menunjukkan kesan lebam di bawah matanya. Memang agak kronik juga kesan tersebut sehingga menimbulkan persoalan kurang senang di kalangan pengikut. Ramai yang beranggapan Fathia mengambil ‘dadah’ tertentu sehingga menyebabkan matanya lebam sebegitu. Memang ramai yang tertanya-tanya apakah punca kelebaman tersebut boleh terjadi kepada Fathia.

fathia latiff lebam

Enggan membiarkan para peminatnya diselubungi misteri, Fathia telah tampil menjawab segala persoalan tersebut. Kesimpulannya, lebam tersebut terjadi kerana genetik dirinya yang mempunyai darah campuran Arab. Malah Fathia juga turut menafikan dirinya mengambil dadah. Jelas Fathia:-

Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni. Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya ak mahu. Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!

Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah. Kalau ada shooting atau menghadiri majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan. Sebut fasal eye bag, bukan saya seorang sahaja yang ada, ramai lagi orang lain yang mengalami benda yang sama

fathia latiff lebam

Semoga dengan penerangan ini, kita semua tidak memandang serong kepada Fathia. Memang benar sesetengah orang lebam matanya agak teruk kerana memang dilahirkan sebegitu, walaupun tidur dan rehat dah cukup. Salah seorangnya ialah Fathia. Apa pun terima kasih kepada Fathia kerana pantas menghapuskan persepsi buruk orang lain kepadanya. Semoga komunikasi sebegini akan diteruskan di masa hadapan. – Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *