Komen ‘Nakal’ Di Akaun Instagram Fasha Sandha, Aliff Syukri Dikecam

Sejak kebelakangan ini, Fasha Sandha dilihat kelihatan semakin cantik dan bergaya serta kelihatan muda remaja. Justeru, ramai memuji penampilannya terutama di ruangan komen Instagramnya.

Ramai mengatakan mungkin ianya seri orang sedang hangat bercinta, Maklumlah, kini Fasha dikatakan sedang rapat dengan pelakon kacak Aidil Aziz.

Baru-baru ini, Fasha telah memuat naik satu gambar sewaktu sedang bekerja. Ramai selebriti turut meninggalkan komen di gambar tersebut memuji kecantikan Fasha. Antara yang meninggalkan komen ialah teman lelaki Fasha, Aidil Aziz, Janna Nick, Ramona Zamzam, Uqasha Senrose dan Nina Iskandar.

Turut meninggalkan komen ialah Datuk Seri Aliff Syukri yang jika diperhalusi, komennya agak nakal.

Namun begitu ternyata komen itu tidak disukai Netizen yang menganggap Aliff tidak menghormati Fasha serta mencemarkan maruah isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *