Kain Kiswah Kaabah Terselak, Petanda Demi Petanda Untuk Umat Islam

PETIKAN DARIPADA
Petikan teks kitab diterjemah oleh al faqir :-
Ibn Shihab al Dimashqy al Hanafi
00:05 21/8 Tareem, Hadramaut.
‘Petanda demi petanda’ ; satu peringatan buat kita semua.
Alhamdulillah dari peristiwa tersingkapnya kisa’ Kaabah disebabkan angin badai yg kuat semalam pada hari Arafah, maka amat ramai dari kita telah mengambil hikmah darinya yang mana telah berjaya mendedahkan pada ramai orang untuk mula mengenali ‘multazam tua’ @ ‘mustajar’ atau pintu kedua bagi Kaabah yg pada asalnya wujud dan dibuka mengikut binaan asal seperti yg telah dibangunkan sejak awalnya oleh baginda Nabi Ibrahim alaihissalam.
Namun saya ingin mengalih perhatian teman-teman untuk bersama-sama merenung juga sejarah-sejarah yg pernah dinukilkan oleh para ulama kita mengenai peristiwa yg sama yg pernah berlaku satu ketika dahulu. Apa yg baru berlaku ini bukan setakat mampu memberikan satu hikmah, namun boleh jadi ia juga merupakan satu petanda buruk yg bakal menimpa.
Telah berkata Ibn Kathir rahimahullah di dalam kitabnya ‘al Bidayah wa an Nihayah’, tertulis satu peristiwa pada tahun 644 Hijrah :-
“Telah bertiup angin badai disertai hujan yg amat kuat di Mekah pada hari Selasa 10 Rabiul Akhir, sehingga telah menanggalkan kain penutup Kaabah yg mulia, ia telah lama berkeadaan usang semenjak tahun 40 (yakni 640) tidak pernah diganti-ganti kerna pada tahun-tahun yg demikian tidak wujudnya ibadah haji dari hal yang berkait dengan Khalifah (ketika itu). Tidaklah berhenti angin tersebut sehinggalah menelanjangkan terus binaan Kaabah yg mana (secara tidak langsung) telah menghilangkan terus syi’arnya yg (sentiasa) berwarna hitam. Apa yang berlaku itu merupakan satu petanda baik bahawa kerajaan Bani Abbasiah adalah sedang berada di ambang kejatuhan, serta sebagai satu peringatan (buruk) bahawa selepas itu akan berlakunya tragedi (serangan) Tatar – laknat Allah taala ke atas mereka semua”. – intaha.
*Yakni telah berlaku 2 perkara besar :- kejatuhan penguasa zalim + bencana teruk yg tiba selepasnya.
Telah berkata pula al Qhamidi, beliau memetik kalam Ibn Husain di dalam ‘Kunnashah al I’tibar’ yg berbunyi ;-
“Telah berkata sebahagian ahli sejarah bahawa (fenomena) tersingkapnya Kaabah disebabkan oleh angin, adalah memberi petunjuk kepada kemusnahan Sultan (pemimpin), atau jatuhnya pemerintahannya. Ketikamana telah turun al Mansur al Zahir, telah bertiuplah angin sehingga menyingkapkan dinding al Bait (Kaabah), tatkala itu orang ramai mula berkata bahawa ianya adalah satu petanda baik bahawa al Mansur akan mati, dan (ternyata) berlakulah (apa yang dikatakan mereka). Dan telah menyebut (juga) Ibn Kathir pada tahun 644 hijrah telah bertiup angin badai lalu tersingkaplah Kaabah, dan ia berkata yg demikian itu adalah tanda kepada kejatuhan kerajaan Bani al Abbas”. – intaha
*Apa yg bakal berlaku, sesungguhnya hanya Allah swt jualah yg Maha Mengetahui dan lebih mengetahui. Wallahua’lam.. Moga Allah pelihara kita semua, ya Rabb..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *