50 Guru Daerah Mukah Tambah Ilmu Sukan Olahraga

By Mulutpuaka.com

Mukah: Seramai 50 guru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah ‘bersedia’ mengangkat martabat sukan olahraga di daerah berkenaan.

Untuk rekod, PPD Mukah melancarkan Klinik Kejurulatihan Sukan Olahraga selama tiga hari bermula 3 Mei dan berakhir sebentar tadi.

Penyelia Sukan PPD Mukah Kueh Peng Choon berkata, tujuan klinik kejurulatihan itu dilakukan adalah meningkatkan ilmu kejurulatihan sukan olahraga di kalangan guru-guru di daerah berkenaan.


“Selain itu, perancangan strategik 5 tahun pembangunan sukan olahraga di bahagian Mukah (2018-2022) juga dibentuk dalam klinik berkenaan.

“Pada masa sama, klinik kejurulatihan itu sebagai persedian pasukan bahagian Mukah sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Olahraga Pembangunan Peringkat Negeri (Oktober 2018) & Kejohanan Olahraga MSS Peringkat Negeri Sarawak (2019),” katanya.

Menurutnya, dia berharap klinik kejurulatihan itu dapat melahirkan guru yang berkaliber dalam sukan olahraga di bahagian Mukah selain meningkatkan prestasi sukan daerah berkenaan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Katanya, dia juga berhasrat untuk menganjurkan klinik kejurulatihan sukan olahraga secara berterusan pada masa akan datang demi memartabatkan sukan olahraga di bahagian Mukah.

Untuk rekod, klinik kejurulatihan itu anjuran PPD Mukah dengan mengetengahkan tiga fasilitator berpengalaman iaitu Jurulatih Sukan Olahraga SMK Agama Igan Mohamad Farzurullah Rosli, Pegawai Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Mohamad Afif Zulhusmi Alet dan Jurulatih Sukan Olahraga Majlis Sukan Negeri Sarawak, Thomas Ling Neng Thung

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *