Bawa Balik Teman Wanita untuk buat ‘projek’

Remaja semakin berani apabila membawa pulang teman wanita yang juga gadis bawah umur pulang ke rumah ketika ahli keluarga lain tiada di kediaman terbabit.

Malah, remaja lelaki berusia belasan tahun juga pandai menggunakan ayat manis bagi memerangkap teman wanita masing-masing untuk menyerahkan kehormatan diri.

Taktik yang digunakan seorang remaja lelaki sebelum perbuatannya terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Samudera, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa berusia 15 tahun mengikut suspek yang juga berusia belasan tahun ke rumahnya dan ketika itu ahli keluarga remaja lelaki itu tiada di kediaman berkenaan.

“ Sebaik tiba di kediaman terbabit, mangsa yang masih bersekolah diajak untuk ke bilik suspek sebelum meminta gadis itu membuka pakaian sekolah.

“ Suspek cuba merogol mangsa namun gadis berkenaan menolak ajakan remaja lelaki terbabit sebelum terus beredar kerana bimbang berlakunya kejadian tidak diingini,” katanya.

Ali berkata, berikutan kejadian itu, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan laporan mangsa, polis mengambil tindakan susulan dengan menahan suspek siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Oleh itu, beliau juga menasihati gadis belasan tahun supaya sentiasa berwaspada dan tidak sewenangnya mengikuti teman lelaki bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

“ Ibubapa juga diminta memantau aktiviti dan pergerakan anak masing-masing supaya tidak terbabit dalam perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *