Bekas Suami Fatin Afeefa Dedah Wanita Itu Cuba ‘Membomohkan’ Dirinya

Bekas Suami Fatin Afeefa, Adam Shaz Buka Mulut Selepas Mendiamkan Diri Hampir Setahun


By MulutPuaka

 

SEMALAM, pelakon Fatin Afeefa baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa sejak dia bercerai dengan bekas suami, Adam Shahz, hidupnya masih diganggu oleh lelaki berkenaan.

Namun petang semalam, lain pula yang terjadi apabila Adam dengan secara terbuka telah membongkarkan rahsia yang selama ini dia pendam sejak Mei tahun lalu.

Adam telah berkongsi beberapa gambar dan status di akaun Twitternya memberitahu bahawa dirinya sudah dibomohkan oleh bekas isterinya sendiri apabila ibu muda itu telah ‘kantoi‘ curang dibelakangnya.

“Korang nak cakap aku meroyan ke apa, cakaplah! Korang tak berada di tempat aku. Jadi jangan suka suka nak buat spekulasi.

Report polis dibuat pada saya yang kononnya saya mengganggu hidup dia. Kelakar! Bab* lah kau ni, tak habis-habis nak jahanamkan hidup aku,” tulis Adam dengan rasa marah.

Selain itu, Adam juga memberitau bahawa dia berasa kesal kerana telah difitnah oleh bekas isteri bahawa kononnya dia telah mengganggu hidup wanita tersebut.

“Aku ada semua conversation kecurangan kau, jadi jangan cuba hendak berlagak kau tu mangsa keadaan,” tulisnya lagi.

Dalam masa yang sama, Adam turut memberi amaran kepada Fatin agar dia berhenti melemparkan segala fitnah ke atas dirinya.

Apa yang membuatkan Adam lebih berang ialah apabila bekas isterinya itu cuba untuk menjadi mangsa keadaan walhal dirinya sendiri telah menjadi punca utama penceraian mereka.

Bertambah ‘panas’ lagi apabila ada netizen yang sibuk bertanyakan tentang mengapa anak pertama mereka, Adam Aisy Arrian, 6, tidak berbinkan dengan nama Adam.

Adam turut menjawab persoalan itu di twitnya pada 4 Februari lalu dan mengakui bahawa Arrian merupakan anak angkatnya sahaja dan bukan anak kandungnya.

Jadi, hasil perkahwinan mereka pada Dismeber 2013 lalu, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 3.

Mudah-mudahan semua ini akan diselesaikan dengan secapat mungkin dan diharapkan tiada mana-mana pihak yang cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh.

Biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan hal rumah tangga mereka tanpa campur tangan pihak luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *