Pembantu Perubatan Jadi Simbol Seks Rakan Sekerja

Seorang pembantu pegawai perubatan wanita mahu mengambil tindakan berhenti kerja apabila sering menjadi mangsa cabul rakan sekerjanya ketika bekerja di sebuah hospital di bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu.

Keadaan bertambah teruk sejak kebelakangan ini apabila suspek berusia 20 an bertindak luar batasan menggeselkan kemaluan dan menarik tangan mangsa untuk melakukan hubungan seks.

Menurut sumber polis, mangsa berusia 30 tahun bekerja di tempat yang sama dengan suspek namun lelaki berkenaan secara tiba-tiba berubah perangai kepada seorang gila seks sejak kebelakangan ini dengan menghantar khidmat pesanan ringkas berbau lucah.

“Kemuncaknnya apabila suspek yang sudah berkahwin itu mengeselkan kemaluannya kepada mangsa ketika mereka sedang bekerja.

“ Melihat situasi berkenaan, mangsa yang ketakutan melarikan diri dan bersembunyi kerana dibimbangi berlaku perkara tidak diingini,”katanya.

Katanya, suspek berkenaan enggan melepaskan mangsa apabila dia menarik tangan dan cuba mencium wanita itu.

“Lebih buruk lagi, suspek turut menyuruh mangsa menyentuh kemaluannya namun wanita itu enggan dan menggugut akan menceritakan perkara terbabit kepada pihak atasan.

“Suspek yang tersentak dengan ugutan it uterus berlalu pergi sebelum mangsa keluar daripada pejabat dan terus pulang ke rumah,”katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Daerah Wangsa Maju Isnin lalu untuk tindakan susulan.

“Mengikut maklumat, kejadian itu sudah berulang kali berlaku terhadap mangsa dan perbuatan terbabit seolah dianggap perkara biasa oleh suspek,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *