McD Malaysia tidak salur dana…….

PEMEGANG francais McDonald’s di Malaysia kesal dengan gesaan di media sosial supaya rakyat Malaysia memboikot rangkaian makanan segara itu kerana didakwa bersekongkol dengan Amerika Syaikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

McDonald’s Malaysia dalam kenyataan melalui Facebook semalam, menyatakan rangkaian restoran itu di Malaysia tidak menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik atau agama.

 

Dakwaan McDonald’s menyalurkan dana kepada Israel adalah tuduhan tidak benar, dusta, palsu dan fitnah. Dakwaan dibuat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mesej WhatsApp juga tidak berasas,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, rakan kongsi pengendali McDonald’s di Malaysia.

Menurutnya, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd yang mengendali perniagaan McDonald’s di Malaysia, 100 peratus milik tempatan serta pemegang saham terbesarnya beragama Islam.

Hak francais McDonald’s Malaysia dan Singapura dibeli syarikat Arab Saudi, Lionhorn Pte Ltd, setahun lalu, sebahagian daripada strategi pernigaan syarikat induk di Amerika melepaskan hak secara langsung di Asia.

Reuters melaporkan, seorang pengguna Twitter, TheUsopIbrahim, mendakwa (tanpa menyatakan sumber) bahawa Ibu Pejabat McDonlad’s ‘menyalurkan bantuan kepada Israel’. Posting itu sudah ditweet kembali 320 kali dan mendapat 138 ‘Likes’.

Menurut Reuters, TheUsopIbrahim tidak memberi balasan untuk mengulas dakwaannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *