“Kalau Dia Pakai Legging Kat Dalam, Kena DM U Ke Bagitau?”, Kakak Pertahan Kritikan Netizen Terhadap Neelofa

Sedang tular di laman sosial sekarang gambar Neelofa yang memakai seluar jeans koyak di bahagian lutut sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan para pengikutnya. Boleh tahan kutukan dan kritikan yang diterima oleh Neelofa susulan pemakaiannya itu. Ada yang mengkritik dan mempersoalkan pemakaian jeans koyak tersebut yang dikatakan tidak bersesuaian dengan imej bertudungnya. Gambar-gambar tersebut diambil ketika Neelofa sedang bercuti bersama ahli keluarganya. Turut bersama ialah kakaknya Noor Nabila dan juga adiknya, Ameera Khan.

Memang banyak komen-komen yang melampau ditujukan kepada Neelofa. Namun Neelofa mengambil langkah berdiam diri. Akan tetapi ada para pengikut Neelofa yang mempertahankan selebriti tersebut. Senang cerita, akaun Instagram Neelofa telah menjadi tempat pergaduhan para peminat dan “haters”. Antara komen-komen yang ditulis di laman Instagram Neelofa:-

 

Screenshot 1

 

Screenshot 2

 

Screenshot 3

 

Screenshot 4

Namun begitu, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila telah mempertahankan adiknya. Mungkin tidak tahan dengan kritikan melampau daripada netizen.

 

SUMBER: BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *