Ziyad Tepati Ramalan

SEPERTI diramal, atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mudah meraih emas pada temasya Sukan Para Asean (APG) di Stadium National Bukit Jalil, Khamis.

Ziyad yang beraksi dalam kategori F20 (masalah pembelajaran) merakam lontaran sejauh 16.81 meter pada cubaan terakhir (keenam), sekaligus memecah rekod yang dicatat dua tahun lalu di Singapura (15.51m).

Atlet kelahiran Selangor ini merupakan juara dunia dengan rekod terbaik dengan lontara 17.29m yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, Julai lalu.

“Selepas saingan Sukan SEA (KL2017) bulan lalu, saya sedikit memperlahankan sesi latihan.

“Dan keputusan 16.81 meter ini amat mengejutkan.

“Memang saya sasarkan bawah 16 sahaja, namun ia jauh lebih baik.

“Selepas ini saya akan meletakkan sasaran 16 meter ke atas dan 18 meter untuk tahun depan.

“Terima kasih kepada keluarga, jurulatih dan penyokong-penyokong negara,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *