United Mara Pusingan Ke-4

MARCUS Rashford menjadi jaguh buat Manchester United apabila menggandakan kemenangan ketika menentang Burton Albion dalam perlawanan Piala Liga, awal pagi Khamis.

Dua gol pembukaan di Old Trafford, Manchester itu dicatatkan penyerang Rashford pada minit ke-5 dan 17′.

Jaringan pemain berusia 19 tahun itu sekaligus membantu kelab mara ke pusingan keempat liga.

Sementara itu, Jose Mourinho berharap untuk menjadi pengurus pasukan yang pertama mendapatkan gelaran Piala Liga buat kali kelima.
Pemain Jese Lingard menambah jaringan buat Manchester United pada minit ke-36, diikuti Anthony Martial (60′).

Pasukan lawan, Burton Albion mencatatkan satu jaringan oleh Lloyd Dyer pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, Manchester United terus mempertahankan kedudukan dengan 4-1 di akhir permainan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *