Polis bantah festival arak

“Bagi mengelakkan sebarang insiden luar kawalan berlaku, polis bertindak proaktif dengan membantah penganjuran Better Beer Festival 2017.

“Ini demi ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata, polis turut menerima maklumat bahawa militan akan melakukan sabotaj terhadap festival itu.

Menurutnya, militan menganggap festival sebagai satu yang bertentangan dengan perjuangan mereka.

“Maklumat mendapati ada beberapa pihak turut merancang untuk menimbulkan kekacauan ketika festival berlangsung,” katanya menerusi kenyataan media dikeluarkan Bukit Aman, hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *