Kenapa Banyak Madrasah Tahfiz Tidak Berdaftar

MulutPuaka mendapat kiriman daripada seorang pengusaha madrasah. Mari kita hayati, fahami, hadam dan fikirkan bersama..

 

KENAPA BANYAK MADRASAH TAHFIZ YG TAK BERDAFTAR?

Assalamualaikum

Ada segelintir masyarakat yang sering memperlekehkan Madrasah2 Tahfiz yg tidak berdaftar. Namun, tidak ramai yang bertanya, “… mengapa tak dapat pendaftaran?”

Mungkin itulah sikap org kita, suka memghukum tanpa usul periksa.

Saya adalah pengusaha Madrasah Tahfiz Kg Sempeneh, Batu Kurau, Perak.

Sudah 2 kali kami menghantar permohonan Pendaftaran kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Namun kedua2 permohonan DITOLAK.

Alhamdulillah, prasarana madrasah kami agak lengkap. Almarhum Ayahanda telah meninggalkan tanah yang luas untuk tujuan kegunaan madrasah.

Asrama pelajar lelaki, buat masa ini, mempunyai 4 bilik. Setiap satu berukuran 30 kaki x 20 kaki dan mempunyai 2 pintu. Hanya 16 orang pelajar ditempatkan di dalam setiap bilik.

Tukang masak memasak di rumah beliau dan hanya pelajar perempuan dibenarkan memasak nasi di asrama, menggunakan periuk elektrik.

Pendawaian elektrik dilakukan oleh
1) kontraktor TNB dan
2) penuntut pendawaian dan diperiksa semula oleh guru pendawaian elektrik Kolej Vokasional Taiping.

Jumlah pelajar untuk setiap ustaz atau ustazah tidak akan melebihi 15 orang.

Kami tidak mendapat kelulusan pendaftar kerana kami hanya mengajar hafazan dan tidak mengajar matapelajaran sekolah menengah.

Itulah syarat daripada pihak Jabatan Agama Islam Perak.

Masih ingat lagi, kata2 Pegawai berkenaan kepada saya, “….. macam mana nak kerja kalau tak de SPM”.

Saya telah meminta Naib Canselor UNISEL Prof Madya Zainal Abidin Bin Idam dan En Nordin (orang kuat program FAST TRACK”, program meng SPM kan graduan tahfiz di UNISEL) memberi penerangan mengenai lebih elok fokuskan hafazan dahulu, kemudian buatlah SPM kepada pihak Pejabat Agama Islam Perak.

Namun pihak yg bertanggungjawab masih mahukan kami mengajar subjek teras di madrasah.

Bayangkan kos untuk menggaji guru2 untuk mengajar subjek2 teras.

Alangkan ramai pelajar2 di MRSM ULUL ALBAB pun terhegeh2 nak habiskan hafazan dan dapat result yg cemerlang dlm SPM, inikan pelajar2 yg tak secerdik pelajar2 MRSM.

Telah terbukti, qualiti hafazan pelajar di madrasah yg hanya memfokuskan hafazan jauh lebih elok berbanding dgn yg menekankan kedua2 aliran.

Malah, sudah ada cara mengambil SPM selepas menjadi hafiz.

Apa yang boleh kami buat.

Tak dapat pendaftaran la jawabnya.

Salahkah kami kerana tak mendapat pendaftaran?

p/s: boleh jer share. Kot2 pihak bertanggungjawab berubah fikiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *