Emma: Tak Nak Tunang Terus Kahwin

PELAKON Emma Maembong memasang impian untuk terus melangsungkan pernikahan tanpa perlu melalui ikatan pertunangan.

Emma, 25, berkata dia lebih mengutamakan hal yang wajib dan sebolehnya pernikahan disegerakan.

“Kalau saya kahwin rasanya tak perlu majlis pertunangan, lebih baik terus bernikah dan mempercepatkan urusan.

“Cumanya, buat masa ini tiada apa yang nak dikongsi mengenai hubungan saya dengan Kamal Adli, bila tiba waktunya saya akan umumkan nanti,” katanya kepada mStar Online.

Emma ditemui di majlis pelancaran tudung My Sketchbook Shawl by Emma Maembong di Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Emma berkata dia tidak meletakkan sasaran waktu untuk menamatkan zaman bujang dengan pelakon tampan tersebut.

Baginya lebih baik dia tidak menghebohkan perkara yang belum pasti.

“Buat masa ini kami mahu beri tumpuan kepada kerjaya dan mencapai impian masa depan terlebih dahulu.

“Saya pula mahu tumpu pada perniagaan, kalau semua dah benar-benar stabil barulah kami merancang ke arah perkahwinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *