Amah Durjana!!!

 

KES amah larikan diri daripada rumah ketika majikan tiada bukan pertama kali berlaku.

Kadang-kala perbuatan mereka sangup meninggalkan anak kecil majikan sendirian di rumah membuatkan orang sakit hati.

Sudahlah mohon bayaran gaji tinggi, larikan diri lesapkan duit dan barang kemas majikan pulak tu.

Terbaru, seorang lelaki mendakwa kerugian RM11,000 disebabkan perbuatan amah itu.

Mangsa buat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.

Mulutpuaka punya risikan mendapati selain faktor lari bersama teman lelaki terdapat sindiket amah yang mana akan bekalkan pembantu rumah bersama majikan dalam tempoh seminggu sebelum melarikan diri bersama barang berharga pada sebelah malam selepas tempoh berkenaan. Berhati-hati memilih amah.

Berikut Apa Ditulis Arie Nor Zaidi di FB Miliknya:-

Ganjaran RM5k !!

Ini pembantu rumah setan, tinggalkan anak-anak kecil kami dirumah begitu saja. Pintu dibiarkan tidak berkunci dengan anak kecil 6thn & 3thn sendirian.

Barang-barang bernilai di dalam rumah dilarikan bernilai hampir 10k di rumah kami di cahaya alam, shah alam.

Rasanya dia masih disekitar shah alam lagi.

Tolong saya sebarkan dan ganjaran RM5k kepada sesiapa yang berjaya bawak dia kepada saya.

Saya serahkan duit tabungan saya sebagai ganjaran untuk anda.

P/s: jangan diapa-apakan dia. Cukup sekadar bawak dia jumpa saya sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *