11 Lanun Terima Pembalasan

SEBELAS “lanun zaman moden” dihukum penjara 16 tahun oleh 2 Mahkamah Sesyen berasingan hari ini setelah mengaku bersalah merompak sebuah kapal tangki minyak awal bulan ini.

Semua warga Indonesia itu diperintah menjalani hukuman tersebut bermula tarikh ditangkap antara 6 dan 7 September lalu, manakala 6 daripada mereka turut dijatuhi hukuman 5 sebatan.

Sepuluh tertuduh berusia 31 dan 59 tahun itu yang didakwa di depan Hakim Rofinah Mohamad adalah Anne Raja, Arsito Mohd Hardi, Kreston Muhaling, La Abu, Bram Ali, Luther Marnis Zachawerus, Badiun, Meidy Hermanus Wajongkere, Rollan Kapahese dan Oktemi Supri.

Mereka didakwa bersama 3 lagi yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan terhadap kapal MT MGT-1 milik syarikat Marine Global Transport berpangkalan di Thailand sehingga mendatangkan kerugian dan ketakutan terhadap 14 kru kapal tersebut menggunakan pisau dan parang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di perairan Terengganu pada 8.30 malam 6 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *