“Itu Adalah Saya” – Fathia

Selepas hampir seminggu berteka teki, aktres jelita Nur Fathia Abdul Latiff akhirnya mengaku bahawa video wanita bersama seorang lagi aktres baru Natasha Elyzza adalah dirinya.

“Itu adalah saya,” itu ulasnya ringkas.

Namun, Fathia menjelaskan bahawa sebenarnya video itu bukan untuk tontonan semua.

“Saya dan beberapa rakan meluangkan masa di sebuah villa yang kami sewa.

“Sudah tentu saya malu. Tiada siapa yang waras untuk menayang badannya kepada seluruh dunia?” Katanya dalam nada sedih.

Fathia berkata, dia tidak pernah mengetahui berhubung aplikasi berkenaan sehingga kejadian itu.

“Saya tidak tahu aplikasi itu boleh ditonton oleh umum. Kini saya mengetahuinya dengan sangat pahit,” katanya.-NST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *