Cikgu Setan

 

GURU sebuah sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya di Siburan, petang semalam.

Suspek berusia 51 tahun yang layak digelar setan itu ditahan di rumahnya di Tapah dekat Siburan kira-kira jam 7 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan berusia 14 tahun menceritakan kejadian kepada seorang lagi gurunya.

Menurutnya, terkejut dengan pengakuan itu, guru terbabit kemudiannya memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa.

“Ibu mangsa yang berusia 44 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Siburan jam 5 petang semalam untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa dirogol suspek sebanyak dua kali di dalam kereta di Siburan antara bulan lalu dan baru-baru ini,” katanya di Kuching, hari ini.

SAC Dev Kumar

Dev berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching di Petra Jaya pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan siasatan lanjut masih giat dijalankan polis.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *