Baru Setahun Jagung Dah Jadi Samseng

APA sudah jadi, guru pun dibedal pelajar…ketika tengah solat pulak tu? Makin parah anak muda kota sekarang ni. Apa akan jadi

Menurut fakta kes, guru wanita sebuah sekolah rendah di Lahad Datu, menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh seorang pelajar sekolah menengah dalam kejadian di surau sekolah guru berkenaan, kelmarin.

Pada kejadian jam 1.50 tengah hari itu, suspek, pelajar lelaki berusia 13 tahun terbabit dikatakan bertindak demikian ketika mahu mencuri duit milik guru wanita terbabit.

Bagaimanapun, guru wanita berusia 23 tahun kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Lahad Datu.

Suspek kemudian berjaya diberkas oleh beberapa guru dan pengawal keselamatan di sekolah berkenaan lalu diserahkan kepada polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, ketika kejadian, guru terbabit sedang solat Zohor di surau di sekolah, tempatnya mengajar.

“Ketika tahiyat akhir… suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri.

“Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.

“Suspek kini direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.

“Guru wanita yang menerima 17 jahitan bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *