Zlatan Jual Rumah

ZLATAN Ibrahimovic telah kembali ke Manchester untuk memulakan karier bagi musim ini, namun banyak perkara telah berubah berbanding musim lalu.

Selain penurunan gaji dan perlu bersaing dengan Romelu Lukaku bagi posisi penyerang utama, pemain itu juga tidak akan tinggal lagi di rumah lamanya.

Rumah agam yang disewakan sebanyak £32,000 sebulan sejak dia mengalami kecederaan itu kini sedia untuk dijual.

Menerusi iklan dalam talian, rumah enam bilik untuk dijual itu turut dilengkapi gym buat pemiliknya dipercayai tinggalan pemain Sweden berkenaan.

Rumah berkenaan juga akan dihuni pemilik baru jika permintaan harga sebanyak £5 juta dipersetujui.

Daily Mirror melaporkan, rumah tersebut berkeluasan 10,000 kaki persegi yang lengkap dengan kolam renang, bilik bersukan dan bar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *