Nora Danish Hamil 3 Bulan

 

KUALA LUMPUR: Spekulasi netizen mengenai Nora Danish berbadan dua terjawab apabila aktres jelita itu mengesahkan dirinya hamil tiga bulan.

Nora dan suami, Nedim Nazri bersyukur beroleh kebahagiaan berganda dengan kurniaan itu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

“Saya gembira dengan berita ini, …suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

“Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, netizen berteka-teki mengenai kehamilan bintang Polis Evo itu selepas melihat foto Nora menghadiri majlis pernikahan teman baik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikongsi di laman sosial.

Gambar itu jelas menampakkan Nora sedikit berisi dengan tanda baby bump.

Tambah pengusaha label fesyen Owl By ND ini, suaminya gembira bukan kepalang.

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

“Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya.

Nora, 35, yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan lalu, Putra Rayqal Rizal Ashram, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu-BH Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *