Ittifaqiyah: Ini Kebesaran Allah

Awan berbentuk seperti orang yang sedang berdoa, di atas bumbung Pusat Tahfiz AL Itfakiyah yangg terbakar. Masya-Allah.

Itu kiriman diperoleh Mulutpuaka dari pembaca. Jika benar pasti ada mesej yang mahu disampaikan Allah SWT kepada semua.

Untuk rekod, 21 pelajar dan 2 guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu.

Siasatan PDRM mendapati, kebakaran pusat tahfiz berkenaan berpunca daripada perbuatan khianat yang mana tujuh suspek berusia 11 hingga 18 tahun bertindak membakar premis berkenaan.

Bomba memadam kebakaran di pusat tahfiz darul quran ittifaqiyah

Ketujuh-tujuh suspek dilaporkan berang dengan ejekan pelajar pusat tahfiz berkenaan selain mahu membalas dendam kerana berebut gelanggang futsal dengan mereka.

Siasatan Forensik PDRM mendapati, 7 suspek mengangkat tilam dan dua tong gas kuning sebelum menyimbahnya dengan petrol bagi menyemarakkan api.

Dalam kejadian itu, 7 yang lain turut cedera.

Polis KL mendakwa siasatan berakhir dengan penahanan ketujuh-tujuh suspek berkenaan.

Kebakaran Pondok Pakya di Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *