Imej Pencuri Bank Damansara Didedah: PDRM

 

POLIS memohon orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki yang dikehendaki bersabit kes mencuri wang di sebuah bank di Damansara Heights, 8 September lalu.

Jurucakap Polis berkata suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu adalah suspek utama kes berkenaan yang masih bebas dan usaha menjejakinya sedang giat dilakukan.

“Suspek berketurunan India itu dikehendaki polis bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang ramai yang mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Brickfield ASP Mohd Hafizi IShajk di talian 017-2336343, 03-90516222 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *