GLOBAL: Irma Ragut 50 Nyawa

MIAMI: Angka rasmi korban Taufan Irma di Florida, Amerika Syarikat mencecah 50 orang sehingga semalam, menurut laporan terkini pihak berkuasa susulan bencana yang melanda negeri itu minggu lalu.

AFP melaporkan, Bahagian Pengurusan Kecemasan Florida pada mulanya meletakkan angka terkini pada 34, namun ia tidak termasuk lapan kematian di Keys dan lapan lagi di sebuah rumah orang-orang tua di Hollywood, utara Miami.

Jurucakap bahagian pengurusan berkenaan, Alberto Moscoso, berkata angka korban di Keys tidak dimasukkan kerana kawasan paling teruk dilanda taufan di Monroe County termasuk sekitar kepulauan di selatan Miami baru saja mengesahkan angka rasminya.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) sekurang-kurangnya suku daripada kawasan kediaman di Keys musnah manakala 65 peratus bangunan rosak teruk.

Sehingga semalam, sejumlah 372,000 orang masih terputus bekalan elektrik di Florida selepas 15 juta penduduk terjejas teruk akibat taufan itu.

Irma turut mengorbankan 40 orang di Caribbean sebelum membadai Keys pada 10 September lalu.

Selepas Irma, Caribbean kini berdepan Taufan Maria yang diklasifikasi sebagai ribut kategori empat. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *