Ada Tak Sedekah Untuk Saya?

KUALA LUMPUR : “Puan, ada tak sedekah untuk anak saya? Kalau ada, boleh saya bawa pergi ke Pahang untuk berubat, hari ini hari jadi dia,” kata seorang ibu, Salbiah yang menjaga seorang anak OKU berusia 19 tahun.

Anaknya yang dipanggil Adik itu mengalami cacat fizikal sejak lahir dan memerlukan penjagaan rapi setiap hari, sesuatu yang dia tidak mampu lakukan kerana kekurangan wang.

Bulan lalu, dia bersama dua lagi anak dihalau keluar dari rumah di Semenyih kerana mempunyai tunggakan sewa selama 3 bulan.

“Dulu saya bekerja dengan seorang ahli politik selama 20 tahun, tetapi terpaksa berhenti kerana malu apabila terjebak masalah along.

“Sejak itu, saya buat macam-macam kerja untuk bantu keluarga. Dua anak saya sudah bekerja, tetapi mereka juga ada komitmen lain,”katanya ketika meluahkan masalahnya kepada Perunding Masalah Ceti Haram (PMCH) Aryati Razak.

Adik hanya mampu terbaring akibat cacat fizikal

Setiap hari, Salbiah akan menghantar SMS kepada Aryati bertanyakan kalau ada yang bersedekah kepada dia dan anaknya itu.

Baginya, walaupun terpaksa tebalkan muka, dia sanggup asalkan dapat mengubati anaknya dan menyediakan hidup lebih baik.

“Mungkin belum rezeki lagi untuk saya dapat bantuan. Tak apalah, mungkin hari lain,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *