135 Pati Dicekup JIM

SERAMAI 135 warga asing ditahan dalam Ops Ikrar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kampung Melayu Subang awal pagi hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam operasi itu 360 orang diperiksa dan 135 orang membabitkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar ditahan.

“Daripada 135 orang ini, 110 adalah lelaki dan 25 wanita berusia antara 21 hingga 50 tahun,” katanya ditemui di sini selepas operasi itu.

Dalam pada itu Mustafar menggesa agensi berkaitan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih bekerjasama dengan JIM bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan lebih efektif.

Beliau berkata, isu membabitkan PATI bukan hanya tanggungjawab JIM kerana setiap agensi mahupun PBT mempunyai bidang kuasa tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *