TAHFIZ: Tak Sangka Ejekan Bertukar Tragedi

MESKIPUN sudah empat hari berlalu, namun tragedi ngeri yang melanda Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih terkesan di hati netizen.

Kejadian itu merupakan insiden kebakaran membabitkan sekolah tahfiz terburuk yang dicatatkan tahun ini dan kedua terburuk dalam sejarah selepas kejadian Pondok Pak Ya pada tahun 1989.

Yang lebih menyedihkan lagi ialah punca kebakaran tersebut berakar umbi daripada ejek- mengejek yang bertukar menjadi dendam kesumat.

Terkejut perkara tersebut boleh berlaku dalam lingkungan masyarakat semuda si pesalah laku, Zahid tidak menyangka pergaduhan kecil boleh membawa ke perkara seserius ini.

“Bagi saya perkara itu (ejek-mengejek) lumrah kerana kita dahulu juga pernah menempuhi zaman kanak-kanak. Saya tidak sangka boleh jadi benda besar hingga jadi begini,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *