TAHFIZ: Polis Terus Kawalan

Polis akan terus ditempatkan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur sehingga selesai siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Shariff berkata, penempatan pegawai dan anggota di kawasan terbabit masih diteruskan.

“Mereka akan ditempatkan dilokasi sehingga semua selesai dan ia bergantung pada keadaan semasa siasatan.

“Dalam masa sama, mereka turut memantau dan mengawasi kawasan lokasi berikutan pusat tahfiz terbabit menjadi tumpuan awam,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Dalam kejadian 5.15 pagi, Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat terbakar.

Sehingga hari ini, pasukan polis terbabit sudah lima hari ditempatkan di lokasi. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *