Natasha Elyzza Luah Rasa Kesal

Hujung minggu ini hangat dengan kisah satu rakaman siaran Bigo Live viral memaparkan pelakon Natasha Elyzza dan seorang wanita mirip pelakon Fathia Latiff menari seksi sehingga menampakkan payudara.

Dalam satu rakaman Bigo Live terbaru yang tersebar di YouTube, Natasha secara sinis mengucapkan terima kasih kepada individu yang membuat rakaman dan menyebarkan siaran langsung itu yang disifatkan telah memusnahkan hidupnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Natasha menyifatkan yang kariernya telah berakhir, dan menyatakan dia mungkin tidak akan diberi peluang berlakon selepas ini dan hidup merempat. Dalam rakaman itu, Natasha menyuarakan kekesalannya terhadap individu itu dan dlihat cuba mengenal pasti individu itu dengan bertanya kepada penonton-penintonnya di Bigo Live.

Dia juga meminta supaya penontonnya membuat laporan mengenai video viral tersebut yang tersebar di Facebook, termasuk memadam dan berhenti mengongsikan video tersebut.

Dalam rakaman itu, Natasha mendakwa dipersalahkan oleh semua orang termasuk wartawan.

Dia juga memberitahu  bahawa ‘Fathiya’ sudah tiada bersamanya dan kemudian menegaskan berkali-kali wanita seksi yang menari sehingga menampakkan payudara itu bukan Fathiya Latiff. -BeautifulNara

Dalam video itu juga kedengaran suara orang lelaki yang tidak kelihatan mempertahankan tindakan Natasha membuat siaran langsung tersebut dan mempersalahkan mereka yang merakam dan menyebarkannya. Video terbaru itu oleh ditonton di bawah:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *