Morten Frost Angkat Kaki: BAM

Jurulatih dari Denmark, Morten Frost, mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatannya selaku Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Perkara itu disahkan oleh oleh Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini.

Ia satu kejutan besar memandangkan agenda utama mesyuarat itu adalah untuk menentukan hala tuju beregu utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.

“Tadi, kami telah bermesyuarat dan perkara utama yang telah dibincangkan adalah kami telah menerima peletakan jawatan Morten Frost selaku Pengarah Teknikal.

“Kami menerima surat peletakan jawatan pada 11 September lalu. Kami mengucapkan selamat berjaya untuk masa depannya dan kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya selama ini,” kata Norza yang juga pengerusi C&T.

Morten Frost kembali ke Malaysia buat kali kedua pada Mac 2014 susulan peranan jurulatih kebangsaan yang dimainkannya pada September.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *