Manchester Kenduri Gol

MANCHESTER United mencatatkan pencapaian yang agresif apabila empat kali dalam lima perlawanannya hanya menggunakan masa dalam 10 minit terakhir untuk meraih kemenangan.

Mereka menjaringkan gol sebanyak dua dalam tempoh itu ketika menentang West Ham.

Dua lagi permainan semasa bertembung dengan Swansea dan Leicester.

Kali keempat ini berlaku dalam perlawanan antara Manchester United dan Everton.

Pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu menewaskan Everton dengan 4-0 di Old Trafford, Manchester pada awal pagi isnin.

Gol pertama diraih Antonio Valencia pada minit keempat.
Manakala tiga lagi jaringan, masing-masing oleh Henrikh Mkhitaryan (83′), Romelu Lukaku (89′) dan tendangan penalti Anthony Martial (90′). – Mail Online

 

Sent from my iPhone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *