ITTIFAQIYAH: Keampunan Dari Ibu Mangsa

Mulia Hatimu Ibu. Kami mungkin tidak mampu berjiwa besar sepertimu. Moga Allah terus tetapkan hatimu dengan ketenangan dan kemuliaan.

Mana tidaknya, sebak Mulutpuaka apabila membaca coretan seorang ibu yang kehilangan anaknya dalam kejadian kebakaran sekolah tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku, 14 September laluz

Di kala ramai yang marah serta mengecam pelaku-pelaku juvana ini termasuklah ibu salah seorang pelajar yang terkorban iaitu, Muhammad Fahmie Abdullah, 11, yang mengakui tidak mahu memaafkan kesalahan kesemua suspek, ibu ini langsung tidak menyimpan dendam.

Hanya dikenali sebagai Kak Nen, meskipun tragedi itu telah meragut nyawa anak kesayangannya, Muhammad Daniel Md Amin, 14, namun dia dengan besar hatinya telah memaafkan ketujuh-tujuh suspek yang menjadi dalang kebakaran tersebut.

“Terima kasih buat mereka semua kerana dah jadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka diantara anak-anak yang soleh lagi bertaqwa. Aamiin….,” tulis Kak Nen.

ADMIN SALUTE KAK NEN!!!!! Berikut apa yang Kak Nen kongsikan:-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *