HARIMAU MALAYA: Skuad B-18 Kecundang Di Tangan Thailand

EPISOD perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017 berulang kembali apabila sekali lagi pasukan bola sepak negara tewas kepada Thailand 2-0 dalam perlawanan akhir kejohanan AFF bawah 18, di Stadium Thuwunna,Yangon, petang Ahad.
Skuad kendalian Bojan Hodak beraksi cemerlang pada separuh masa pertama dengan berjaya menyekat kemaraan penyerang pihak lawan daripada merobek gawang negara.
Namun, kekentalan pertahanan negara akhirnya goyah pada separuh masa kedua apabila Thailand berjaya menyumbat dua gol.
Keputusan berkenaan sekali gus menobatkan Thailand selaku juara mana Malaysia hanya berpuas hati di kedudukan kedua.
Walaupun tewas kepada Thailand namun Mulutpuaka tetap gembira dengan keputusan berkenaan kerana pemain Malaysia mampu melangkah jauh hingga ke pusingan akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *