Bangkai Kucing Bertukar Janin

KELICIKAN pasangan kekasih mengarahkan rakan lelaki mereka menanam mayat janin yang baru digugurkan dengan mendakwa ia adalah bangkai kucing berakhir apabila individu terbabit membuat laporan polis.

Rakan lelaki kepada pasangan kekasih itu membuat laporan di Balai Polis Serdang selepas mengetahui pasangan berkenaan menggugurkan kandungan.

Menurut fakta kes, lelaki terbabit diminta pasangan itu supaya menanam bangkai kucing kira-kira jam 5.30 petang 12 September lalu.

Mangsa yang tidak curiga terus bersetuju sebelum melakukannya di kawasan perumahannya di Kuaters JKR di Puchong.

Lelaki itu hanya mengetahui bahawa pasangan kekasih itu menggugurkan kandungan pada 16 September lalu.

Lelaki terbabit yang bimbang mengenai kandungan sebenar plastik yang ditanamnya itu membuat laporan polis sebelum siasatan menemui janin yang baru dilahirkan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias dalam satu kenyataan mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, tiga individu terdiri daripada pengadu, pasangan kekasih itu ditahan bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *