Tukang Gunting Diugut Kerana Video Bogel

 

SEORANG tukang gunting rambut kini dalam ketakutan selepas diugut seorang wanita yang mahu menyebarkan video dan bogel lelaki terbabit.

Lelaki berusia 21 tahun itu dilapor mengenali suspek melalui Facebook (FB) ketika melayari laman sosial berkenaan di rumahnya di Setapak kira-kira jam 9 malam 5 September lalu.

Menurut fakta kes, mangsa yang baru berkenalan diajak wanita terbabit untuk berbual di melalui panggilan video.

Mangsa kemudiannya diminta menunjukkan kemaluannya. Tanpa dia sedari, wanita terbabit merekod setiap aksi berkenaan.

Selepas perbualan video itu tamat, wanita itu mengugut untuk menyebarkan gambar dan video mangsa berbogel di Internet jika tidak membayarnya sebanyak RM2,000.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Mulutpuaka nasihatkan semua pihak berhati-hati kerana memang banyak sindiket pemerasan menggunakan taktik sama. Sangap pun agak-agakla nanti makan diri!!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *