Suami Isteri Setan!!!

 

UMURNYA baru 11 tahun, seorang kanak-kanak perempuan nekad melarikan diri dari rumahnya selepas tidak tahan didera ibu dan bapanya.

Mulutpuaka dimaklumkan, kanak-kanak perempuan itu lari keluar dari rumahnya di Mutiara Bukit Jalil selepas ditampar selain ditendang di bahagian kepada oleh ibu dan bapanya sendiri.

Menurut fakta kes, mangsa yang lari ke rumahnya meminta bantuan pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan.

Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke Balai Polis Sri Petaling sebelum satu laporan dibuat mengenai kejadian berkenaan pada 10 September lalu.

Mulutpuaka difahamkan, kanak-kanak itu kini berada dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara siasatan lanjut sedang dilakukan PDRM.

Moga kedua-dua pelaku itu ditangkap dan diheret ke muka pengadilan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *