Pahang Menang Selasa

 

SKUAD Tok Gajah bermula langkah kanan dalam perlawanan suku akhir pertama apabila berjaya menewaskan Perak 3-1 di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Walaupun tanpa kelibat Dollah Salleh akibat digantung beberapa bulan tidak menjadi masalah kepada pasukan Pahang untuk beraksi cemerlang di laman sendiri.

Gol pertama Pahang dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam pada minit 36 sebelum menambah gol kedua selang dua minit kemudian menerusi Afif Amiruddin.

Pahang meneruskan rentak cemerlang apabila menambah gol ketiga menerusi kaptennya Matthew Davies pada minit 40.

Perak pula memperoleh gol saguhati menerusi pemain import pada minit 69.

Skuad Bos Gaurus berhadapan laluan getir pada perlawanan suku akhir kedua pada 23 September nanti bagi merebut slot ke separuh akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *