Lukaku Tak Mampu: Mourinho


Jose Mourinho tidak berasakan Romelu Lukaku mampu mengatasi rekod Wayne Rooney di Manchester United.

Rooney mengatasi rekod Bobby Charlton di Stoke City musim lalu, dengan gol terakhirnya ketika menentang Tottenham membawanya kepada 253 gol dalam 559 penampilan sebagai pemain Red Devils.

Lukaku dan Rooney masing-masing akan bertembung esok apabila United menerima kunjungan Everton ke Old Trafford.

Meskipun memulakan karier dengan baik ketika ini, Mourinho tidak percaya senario dalam Liga Perdana Inggeris akan membenarkan Lukaku menempatkan dirinya dalam sejarah.

“Wayne menghabiskan karier 10 tahun dalam suasana liga yang jauh berbeza dibandingkan dengan sekarang.

“Ketika itu lebih mudah untuk menjaringkan gol bukan kerana wujud jurang di antara pasukan atasan dan bawahan tetapi disebabkan taktikal perlawanan.

“Saya rasa saingan liga ketika ini lebih menjurus kepada corak bertahan, sekaligus ia menyukarkan keadaan.”

Lukaku telah memikul tugas peledak utama United, mengambil-alih tugas yang digalas Zlatan Ibrahimovic musim lalu.

Ibrahimovic menyumbat 28 gol musim lalu sebelum mengalami kecederaan lutut serius ketika suku akhir Liga Europa dan Mourinho percaya Lukaku mendapat bantuan lebih baik berbanding penyerang Sweden itu.

“Romelu dikelilingi rakan sepasukan yang lebih baik jika dibandingkan dengan Ibrahimovic ketika itu,” jelas Mourinho.

“Pasukan Romelu bermain dengan gaya berbeza dan tahap keyakinan lebih tinggi kerana ini adalah tahun kedua.

“Tetapi saya rasa persembahannya layak dipuji. Kami sangat gembira.

Tambah Mourinho: “Saya sangat berpuas hati tetapi saya mahu melihat dia meledak lebih banyak gol.

“Dengan cara kami bermain ketika ini, mereka perlu menyumbat lebih banyak gol.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *