Tuntutan Palsu Kepada KWSP

 

SEORANG wanita berusia 49 tahun sanggup memalsukan dokumen perubatan kononnya dia mengalami cacat kekal demi mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mulut Puaka diberitahu sumber, tuntutan dibuat mangsa kepada KWSP adalah mencecah RM100,000.
Kelicikan wanita itu bagaimanapun berjaya dikesan pegawai KWSP yang baru membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.

Menurut fakta kes, pada 29 Mei lalu, pihak pengeluaran KWSP beribu pejabat di Dataran Wangsa, Wangsa Melawati menerima dokumen daripada wanita terbabit.

Suspek memohon untuk melakukan pengeluaran skim hilang upaya.
Semakan dilakukan pegawai bahagian pengeluaran kemudiannya mendapati suspek memalsukan dokumen berkenaan.


Hasil siasatan, antara dokumen yang dipalsukan adalah laporan perubatan yang ditandatangi oleh doktor pakar sebuah hospital swasta.

Mulutpuaka difahamkan, cubaan wanita terbabit bukanlah pertama kali berlaku sebaliknya terdapat sindiket yang cuba mencari ahli KWSP yang mengalami kecederaan untuk berbuat demikian.

Difahamkan, sindiket akan menyediakan segala dokumen sokongan seperti laporan perubatan dan lain-lain sebelum mendapat habuan 10 peratus daripada jumlah pengeluaran yang berjaya dilakukan.

Mulutpuaka harap pegawai KWSP lebih berhati-hati selepas ini manakala JSJK Bukit Aman diharapkan dapat mengenalpasti suspek.

Mangsa yang bersubahat juga perlu diambil tindakan serius.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *