TULAR Mesej Mengaitkan Penahanan Reman Pelajar Tahfiz

Tular di aplikasi Whatsapp yang mendakwa sebahagian pelajar tahfiz yang terselamat direman pihak polis berkaitan insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

 

Dalam mesej itu mendakwa pengakuan ‘suspek’ sudah direkodkan dan berpunca kerana satu telefon bimbit dan suspek cuma mahu membakar lock-set pintu untuk masuk ke asrama dan mengambil telefon.

MulutPuaka tidak dapat mengesahkan mesej yang tular berkenaan. Senang cerita, jangan sebar mesej yang tidak pasti ketika ini, kita tunggu kenyataan rasmi dan proses siasatan daripada PDRM.

Perkara itu lebih baik daripada berkongsi mesej yang tidak pasti. Ingat.. Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *