Polis Johor Selamat Amoi Spa

 

POLIS Johor menahan dua lelaki selaku pengurus pusat hiburan kerana disyaki menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit kerja yang sah dan menjalankan pusat hiburan tanpa lesen perniagaan sah dalam dua serbuan berasingan di bandar raya Johor Bahru, hari ini.

 

OPS Noda yang dijalankan pada 1 pagi tadi turut menahan 28 wanita warga asing berusia anyara 18 hingga 38 tahun kerana bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Dalam operasi jam 1 pagi itu, dua pengurus pusat hiburan itu turut ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dalam serbuan itu lelaki berusia 21 dan 43 tahun itu mengaku bekerja sebagai pengurus premis.

 

“Mereka diambil tindakan atas kesalahan menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit kerja yang sah, menjalankan pusat hiburan tanpa lesen perniagaan sah dan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Hiburan Negeri Johor 1998.

 

“Pengurus premis ini juga akan diambil tindakan atas kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dn Antipenyeludupan Migran 2007 kerana mengeksploitasikan orang dan kanak-kanak untuk bekerja sebagai GRO di pusat hiburan,” katanya.

Khalil berkata, wanita warga asing yang ditahan pula terdiri daripada 27 warga Vietnam dan seorang Indonesia dan mereka akan turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

 

“Kita turut menyelamatkan 23 wanita warga Vietnam berusia antara 17 hingga 38 tahun yang disyaki dipaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

 

“Seramai 108 lelaki dan 10 wanita berusia 22 hingga 58 tahun yang juga pengunjung pusat hiburan itu turut diperiksa sebelum seorang lelai warga Indonesia berusia 48 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya.

 

Katanya, serbuan membabitkan enam pegawai dan 25 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu dijalankan untuk membanteras aktiviti yang tidak sihat dan tidak bermoral dengan menyasarkan pusat hiburan yang disyaki menawarkan perkhidmatan GRO yang terdiri daripada perempuan warga asing.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *