PERTAMA: Batalkan Festival Arak

“Budaya mabuk bukan satu budaya yang diajar oleh mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia.
“Islam adalah agama Persekutuan dan lain-lain penganut bebas mengamalkan agama mereka. Ini tidak bererti yang orang bukan Islam juga boleh menganjurkan perayaan-perayaan yang membawa kerosakan pada individu, keluarga dan masyarakat.”
Itu tegas Yang Dipertua Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Datuk As’ari Ibrahim berhubung penganjuram Better Beer Festiv pada 6 hingga 7 Oktober depan.
As’ari berkata, festival arak itu kali ke-6 dianjurkan dan PERTAMA membantah sekeras-kerasnya penganjuran festival seperti itu yang merayakan budaya mabuk.
“PERTAMA melihat kesan daripada festival ini boleh memberi implikasi seperti seks bebas, kemalangan jalan raya akibat mabuk, ketagihan arak, pergaduhan, keruntuhan keluarga dan lain-lain gejala sosial.
“Festival ini bukan festival orang Asia amnya dan Malaysia khusunya. Ada pemimpin yang memperjuangkan Malaysia untuk Malaysian tetapi menyokong budaya yang bukan daripada nilai orang Asia atau orang Malaysia.
“PERTAMA dengan ini mendesak supaya acara ini dibatalkan untuk tahun ini dan tidak dibenarkan dianjur selepas ini demi kebaikan masyarakat Malaysia,” ulasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *