Pencuri Hati Mr Cinderella VS Abg Long Fadhil 2

Jelas, antara dua filem ini MulutPuaka kategorikan bahawa Abg Long Fadhil 2 lakonan Zizan Razak jauh meninggalkan Pencuri Hati Mr Cinderella arahan Ahmad Idham.

Entah apa silapnya, filem arahan Ahmad Idham hanya mengutip kurang RM20,000 saja berbanding Abg Long Fadhil 2 yang sudah mencecah RM16 juta kutipan.

Jika dibandingkan secara matematiknya, RM60,000 VS RM16,000,000 jauh bukan. Matematik mudahnya karya arahan Ahmad Idham mengutip kurang 5 peratus daripada Abg Long Fadhil (Kalau Salah Tolong Betulkan).

 

Ahmad Idham ketika ditanya oleh sebuah media tempatan mengatakan bahawa penonton yang kurang bijak menilai dan masalah pasaran ekonomi yang lembab. MulutPuaka fikir, itu bukan faktor lagi kerana sebuah lagi filem berjaya meraih jutaan ringgit.

Tidak adil rasanya jika MulutPuaka komen filem tanpa melihat filem itu bukan. Sebenarnya, MulutPuaka dah tengok kedua filem itu. Daripada aspek karya.. Abg Long Fadhil lebih moden dan dinamik. Menepati citarasa penonton kini.

Manakala karya Ahmad Idham, tidak kurang hebatnya, mungkin latar masa yang salah. Maksudnya, filem itu mampu jadi Blockbuster jika ditayangkan sedekad yang lalu.

Itu pendapat MulutPuaka, orang diluar sana mungkin berbeza. Terpulang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *