Pemuda KBB bantu mangsa banjir

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu mengaktifkan Skuad Barakah di beberapa kawasan di daerah itu yang dilanda banjir semalam.

Ketuanya Mohd Mustaffa Kamal Shaik Ismail berkata, pihaknya akan membantu agensi seperti Agensi Pertahanan Awam (APM) memindahkan mangsa ke tiga pusat pemindahan dengan selamat.

“Di Bandar Baharu saja, 56 keluarga membabitkan 204 orang¬†ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara dan antara kawasan yang dilanda banjir kilat adalah¬† Kampung Sungai Tepus dan Taman Kristal di mukim Bagan Samak serta di Kampung Majidee di Mukim Serdang.

Mustaffa Kamal (tengah) berbincang dengan Ahli Parlimen KBB Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir di Bandar Baharu
PENEMPATAN SKUAD BARAKAH
1) Pekan Bandar Baharu, Parit Nibong, Permatang Kerat Telunjuk, Sungai Kecil, Relau.
2) Kg Majidee, Serdang, Selama
3) Sg Batu, Sg Tengas
4) Mahang, Sedim

Mustaffa Kamal berkata, mangsa banjir di Kampung Sungai Tepus dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu iaitu seramai 26 keluarga membabitkan 106 mangsa.

“Selain itu, 88 mangsa dari 28 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu manakala 10 orang dari dua keluarga ditempatkan di dewan orang ramai Kampung Majidee, Serdang,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *