Pegawai LHDN Kena Kencing

 

SEORANG Pegawai Lembaga Hasil terpaksa berputih mata apabila kerugian RM90,640 selepas ditipu ejen Forex.

Mangsa kini sudah membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya berhubung perkara menimpanya itu kelmarin.

Menurut fakta kes, mangsa dihampiri ejen forex itu untuk melabur dengan pulangan 12% setiap bulan sejak Januari 2016.

Mangsa yang gelap mata akhirnya terpedaya dengan pujukan ejen terbabit sebelum melabur wang sebanyak RM90,640.

Mangsa memberikan wang berkenaan dalam bentuk draf cek atas nama syarikat pelaburan antarabangsa seperti dikehendaki ejen terbabit dirumahnya di Kelana Jaya.

Pada mulanya mangsa diberikan satu akaun bagi memantau perkembangan pelaburannya namun beberapa ia kini tidak lagi boleh diakses.

Mangsa baru sedar dia ditipu selepas ejen forex itu menghilangkan diri dan tampil di balai polis berhampiran untuk buat laporan polis.

Mulutpuaka nasihatkan masyarakat lebih berhati-hati selain sedar, tiada institusi kewangan terkemuka di dunia mampu memberikan pulangan 12% sebulan seperti dijanjikan mana-mana ejen, individu mahupun kumpulan.

Sekali kena dah tak boleh buat apa. Jadi bijaklah wahai manusia!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *